Wednesday, October 21, 2009

Saki Baki Pengajian yang Tinggal....

Kini hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk pak cik nak tamatkan pengajian yang sangat panjang kat sini.... sedih tu memang sedih tapi tu dah kira asam garam hidup.. yang patah kan tumbuh dan yang hilang kan berganti... dah kitaran hidup macam tu nak buat macam mana kan.......

tapi korang juga kena ingat yang tumbuh dan berganti tu takkan sama dengan yang dah patah.. yang ori takkan sama dengan yang klon kan... heheheheh..

kalau nak imbau kenangan kat sini banyak la yang pak cik dapat.. suka duka semua pak cik dah lalui... tapi tinggal selangkah lagi untuk pak cik meneruskan dunia pak cik ke alam kerjaya plak.. tapi azam pak cik masih tinggi untuk sambung pelajaran sehingga peringkat tertinggi kat New Zealand...insyaallah pak cik akan berusaha... korang doakan pak cik gak yer....

ni masa pak cik sibuk2 nak edit lagu untuk bro pak cik si BOn pak cik teringat lagu sorang minah ni yang pak cik suka sejak dari kecik lagi.. dulu dia tak cantik tapi tetiba jadi cantik....(macam cinderella kot)...heheheh.........

Pak cik pun download la lagu tu.....mantop sebab pak cik rasa lirik lagu tu sesuaiiiiiiiiiiiiiiiiii betol dengan penghujung pengajian pak cik kat bumi sabah tercinta ni........dan sesuai la untuk korang teman2 pak cik yang sama berjuang untuk dapat ilmu bersama pak cik... hehehe......

ni lagu untuk korang... tapi bukan pak cik la yang nyanyi sebab suara pak cik ni tak sedap....besauuuuuuuuu n garauuuuuuuuuu.. hehehe


Lirik/Tajuk Lagu: Memori Tercipta
Penyanyi: Shila OIAM

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa



Thursday, October 8, 2009

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ZON SABAH 2009

Hai selamat kembali menemui pak cik setelah agak lama tak update blog....selepas dapatan mengejut hari tu masa pembentangan pak cik agak emo lah.. mintak maap la kepada korang semua...
pak cik ni tak leh sikit kalau ada dapatan yang bias ni... maklumlah manusia tak sempurna...
ok tinggalkan episod itu... ni pak cik nak konsi la pengalaman pak cik ngan korang masa pak cik kene bentang dapatan kajian kat seminar tu..
ops lupa... nak introduce kat korang sedikit pasal seminar penyelidikan ........

Pada 4-6 okt lalu pak cik ngan minah Tambunan NI (Clarice) mati la aku kene tumbuk ngan perempuan ni.... opsss.......................... Di minta menyertai seminar penyelidikan pendidikan Zon sabah.. mak ai punya la takut masa tu sebab tak berani dan risau nak bentang dapatan kajian yang pak cik jalankan pada tahun 2008....oii punya la berdebar ..tapi yang jadi satu kenangan yang tak dapat pak cik lupakan ialah masa bentang tu..dia panggil nama dan introduce background pak cik....
mula2 ok tapi lepas tu menggigil la.. then rasa gemuruh tu semakin hilang... tapi risau tetap ada takut audience tanya soklan pelik2.....pak cik bentang dekat 20 minit gak la... then masa sesi soal jawab tu ada pensyarah bangun untuk tanya soalan.. punya la pak cik takut..aduii.. rupanya dia cakap tahniah sebab berani bentang n bagi sedikit cadangan kajian. .....alhamdulillah pak cik berjaya bentang dengan baik....
Sini pak cik nak rakamkan setinggi terima kasih pada korang semua yang banyak tolong pak cik dan bantu pak cik dalam lalui semua ni.. ....pak cik sangat bertuah sebab pakcik dapat banyak sokongan dari pensyarah di IP masa nak bentang hari tu.....ustaz Misri, Encik Mokhtar, dan ramai lagi penyarah dan staf yang bagi sokongan moral pada pakcik..
Pak cik tak akan lupa jasa korang sume terutamanya penyelia pak cik Encik Azmi, Encik Mait, MAdam Vasanthi, Mr. Vijay, Madam Nora sebab banyak tolong semasa pak cik buat persediaan..
time kasih pada semua member satu kelas, PAK MUSA, CLARIS, ZARINA, MARINA dan Tungkik.

Credit Also TO CLARICE sebab pembentangan dia paling mantop.. ramai lagi audience dia.....

Ni gambar kenangan yang pak cik nak kongsi ngan korang sume:


Posing Kat Lobby Hotel...Macam Stairway to heaven Kan


Penyampaian Cendera mata dari KJ JPM yang dihormati En. Firdaus

Posing Selamba....tapi akan diingati selalu

Bersama dengan penyelia yang banyak membantu
(Me, En. Vijayen, Pn. Vasanthi, & Clarice)

Inilah Penyelia pak cik yang spoting habis... Encik Mait Atong..
(Ucapan Terima Kasih Menggunung DiHati Pak Cik Untuk Beliau)

Santai habis selepas pembentangan ..fuhh lega....

Posing Sebelum Pembentangan..
Padahal Berdebar Gile....



Kenangan Itu.......................

Ini semua gambar kenangan yang pasti akan menjadi satu memori yang indah suatu hari nanti...
aku pasti gambar ni punyai sentimental value sama ada pada aku kat sini atau pada korang kat luar sana... bak kata-kata indah dari hati........................

Kenangan Indah Itu Sentiasa Di Hati Kita





Posing Istimewa dari Aku...wakakakaka



NI ngan JUnior yang Masih Fresh lagi...
KOrang timba la ilmu banyak2.. Tak rugi tau


With Mr Palak...saudara Kembar.



Gambar Mantop..Mencari erti Cahaya Itu


Dengan Team Abang HAji nih... Melaram sakan...

Monday, October 5, 2009

Guru Pelatih PISMK-OUM tidak menepati kehendak sekolah.



ni pak cik nak cerita dengan korang pasal satu kajian yang pakcik baru dengar tadi.
mak bapak mengkarung...
terkejut la jugak pak cik ni kan pasal kajian tu cakap guru PELATIH kohot PAK CIK ni tak menepati kehendak sekolah..
persepsi ini dikemukakan oleh 3 orang pengkaji yang memang pak cik sangat kenal. Responden kajian diorang plak 5 guru dari setiap sekolah yang member2 pak cik ikut praktikum...
tapi pada pandangan dan senario sebenar tu pak cik kira ada dapatan yang pak cik betul2 tak setuju...
hanya berdasarkan borang DEPA2 ni dok uji pelatih cakap pelatih tak bagus... bagai mana mereka ukur sedangkan benda tu subjektif. Teori mana yang diorang guna untuk buat perbandingan dengan standart MS ISO dan MQA sedangkan capaian yang dibuat oleh pelatih dah melepasi tahap yang diinginkan. kalau nak di bandingkan, pertama dalam sejarah orang yang ambil ijazah adalah kami yang terpaksa ambil 36 jam kredit untuk cover benda2 merepek. beside pakcik boleh nyatakan banyak bukti yang dapat menyokong pak cik.. berapa banyak kerja yang kami buat di sekolah dalam tempoh masa terdekat. macam2 tau. tempoh praktikum yang singkat (6 minggu) tidak boleh jadi kayu pengukur untuk sesuatu subjek yang besar. tak percaya tanya kawan2 pak cik di kelas. lagipun dalam surat arahan dari pihak pentadbiran kami tidak boleh jadi penyelaras atau penganjur untuk sebarang aktiviti. cuma jadi pembantu je...
memang pak cik tak setuju betul la dengan dapatan kajian ni. ia hanya ukur 4 item yang memang jelas abstrak.

pengurusab bilik darjah
aktiviti kokurikulum
urus buku kehadiran
kepelbagaian dalam kaedah P&P
kawal disiplim murid semasa mengajar
dan juga merangsang murid untuk berfikir.


nah.. korang fikir la bagai mana mereka ukur item tersebut. semua abstrak dan tidak boleh diukur. pak cik juga tertanya2 teori apa yang mereka pakai, kaedah pengubahsuaian sapa yang mereka gun unutk tadbir item ujian. lagipun kalo korang nak tau realitinya, borang yang mereka hantar ke sekolah untuk pengujian tu merupakan borang soal selidik untuk guru pelatih KPLI. so memang la pak cik tak setuju. pada korang yang ikut perkembanganBlog pakcik pak cik rasa korang tau bagaimana penat lelah pakcik untuk praktikum dulu. berabis duit, masa dan tenaga. semua aktiviti di sekolah pak cik ikut. sampaikan jatuh sakit pun pak cik tetap ikut.

pada korang ...... korang selidik la sendiri kebenaran. pak cik tak leh nak cakap apa2 cuma pada pak cik kajin itu tidak benar dalam petadbiran item dia.

pada pengkaji tu terima kasih atas kajian anda. mungkin kajian ini bertujuan untuk menambah baik prosedur pengurusan namun pembentangan ni buat muka pak cik merah padam sebab ramai audience kat sana terutama guru sekolah dan pensyarah dari IP lain..........

pandai2 la korang nilai ye... tak pun korang buat balik kajian tu.... hehehe.. k
pak cik kecewa dan terkejut la kan..
k jumpa lagi................