Sunday, April 18, 2010

Kursus dan Terus Berkursus..

selamat kembali semua...
lama betul tak menjenguk blog pak cik ni...
almaklumler sekarang sibuk berkursus sana sini.... ni pun sebab MC...so dapat la jenguk kejap dan coret2 mana yang patut...

setelah 4 bulan menjadi warga pendidik pak cik rasa banyak juga dugaan dan cabaran dia... tapi alhamdulillah atas nasihat dan dorongan semua pakcik berjaya lalui dan harap dapat menempuhinya lagi di masa hadapan...
ok tinggalkan yang itu... ni pak cik nak kongsi ngan korang tentang beberapa isu terkini dan berita sensasi........

Pertama... tahun depan sukatan pelajaran BM akan diubah menjadi sukatan transformasi Bahasa Malaysia......jadi cikgu2 yang ajar BM tu sedia2 lah sebab subjek sastera BM akan di guna pakai....oleh itu pak cik pun dah bersedia dan menghadiri kursus MBMMBI bagi memantapkan pengajaran BM melalui Teknik bercerita......alhamdulillah, mula2 akan fening2 sebab tak tau kan macam mana dah ajar BM (Kebaru-Baruan kata Musa)....ahahahahah.....
lepas Bengkel tu baru pak cik nampak kaedah ajar BM ....korang kene ingat bahawa tahun depan sukatan BM tidak lagi mempunyai aras, FU, FS...so b
ersedialah...ahahaha

Kedua... Bulan 3 lepas pakcik juga menghadiri Kursus Tenaga anjuran CEETRE USM dan KPM....sangat Best... kursus ini melibatkan semua guru dari seluruh malaysia dan melibatkan semua subjek....wah..wah..wah...mantop kan..... kursus ni juga merupakan kursus untuk penddahan tentang Tenaga Diperbaharui (TD) dan Kecekapan Tenaga (KT)....so satu lagi cabaran buat guru supaya bersedia... kerana mulai 2011 kandungan TD & KT ini perlu di ajar dalam P&P setiap Subjek....heheheh......
ok ni pak cik kongsikan beberapa gambat yang sempat
dirakam oleh Bos Pak cik...hehehehe.....



GELAGAT WAYANG KULIT DENGAN EN. SAMSONS...AHAHAH
SATU KELANTAN SATU KOTA BELUD.....MELETUP



3 TOK DALANG BERGABUNG... HURU HARA JADINYA...


No comments: