Tuesday, November 3, 2009

The Last Holiday In Sabah 2009.....

salam buat semua kawan2 pak cik... hehehe
lama dah tak update blog pakcik ni.. sory lah semua sebab seminggu ni pak cik asyik berjalan2 mengelilingi sabah melihat ciptaan Tuhan yang tiada tolok bandingnya... kalau nak di ikutkan, nak jer seminggu ni round seluruh sabah dari utara sampai selatan then dari timur ke Barat tapi apa leh buat budget terhad.. so pergi yang mana boleh pergi je lah kan...heheh ..
buat pengetahuan korang semua pak cik dah start packing dah sikit2 sebab tinggal 2 minggu je lagi pak cik kat sini then tamatlah sebuah perjalanan ilmu yang sangat jauh dan panjang dari pakcik....
ape tak jauh nye 2 kali tukar flight lepas tu ambil bas lagi 3 jam baru leh sampai bumi Keningau Ni....tapi tak per lah jauh berjalan luas pemandangan bertambah pengetahuan.....dan tak kenal maka tak cintakan (cinta kerrrrrrrrrrrrrr)....ahahahah

sebelum pak cik memalut panjang let me story u alls pasal trip pak cik ... semuanya tak dirancang....elok2 masuk elaun praktikum terus pakcik blur nak buat aper.... lepas pk pasal budget then kengkawan pakcik ajak pergi sipitang...so aper lagi..dengan semangat inkuiri yang tinggi pak cik n 4 other member pun bertolak la dari Keningau, Tenom, Sipitang.. perjalanan dia bukan main jauh tapi alhamdulillah kami sampai dengan selamat... beside pemandangan di sepanjang jalan amat cantekkkkkkkkkkkkkk sekali.....
Dari Sipitang tu pakcik terus Call kak Ana...kakak KPLI Jqaf yang sama2 datang kat sabah ngan pak cik dulu... dia dah lama ajak pakcik dan kengkawan pergi sipitang... nak belanjan Satey katenye...hehehe.. alhamdulillah sampai jugak kami kat sana....lepas makan kak Ana bagi cadangan supaya kami pergi ke LAwas Sarawak... sebab dah dekat dah katenye.. boleh tengok apa yang manarik kat sana..heheheh so kami teruslah jalan sampai LAWAS. tapi so bad de tempat makan yang menarik dan halal...after 2 jam kami patah balik ke Sipitang the check in Motel... malam tu kami dinner kat tepi pantai.. makan satay sipitang... esoknye kami balik ikut Beauford...jauh tu perjalanan.....

Dan hari ni Pak Cik berjalan lagi....makan angin....kat air terjun Mahua ...cantik.. teersangat la cantek pemandangan dia,,,,, betullah....hebat betul ciptaan tuhan ni kan.... beristiqfar pak cik sekejap.. then kami buat BBQ kat outsite camp.. dah siap masak kami pack then bawak pergi kat waterfall.. sejuk betul air dia.... macam ais sejuk dia.. apa lagi.. berposing sakan la kami...hahaah then makan n MANDIIIIIIIIIIIIIIII>..walau sejuk tetap best....sampai mengigil......
lepas mandi kami semua solat kat sana... macam biasa pak musa jadi Imam....aahahahhahaha....


Wednesday, October 21, 2009

Saki Baki Pengajian yang Tinggal....

Kini hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk pak cik nak tamatkan pengajian yang sangat panjang kat sini.... sedih tu memang sedih tapi tu dah kira asam garam hidup.. yang patah kan tumbuh dan yang hilang kan berganti... dah kitaran hidup macam tu nak buat macam mana kan.......

tapi korang juga kena ingat yang tumbuh dan berganti tu takkan sama dengan yang dah patah.. yang ori takkan sama dengan yang klon kan... heheheheh..

kalau nak imbau kenangan kat sini banyak la yang pak cik dapat.. suka duka semua pak cik dah lalui... tapi tinggal selangkah lagi untuk pak cik meneruskan dunia pak cik ke alam kerjaya plak.. tapi azam pak cik masih tinggi untuk sambung pelajaran sehingga peringkat tertinggi kat New Zealand...insyaallah pak cik akan berusaha... korang doakan pak cik gak yer....

ni masa pak cik sibuk2 nak edit lagu untuk bro pak cik si BOn pak cik teringat lagu sorang minah ni yang pak cik suka sejak dari kecik lagi.. dulu dia tak cantik tapi tetiba jadi cantik....(macam cinderella kot)...heheheh.........

Pak cik pun download la lagu tu.....mantop sebab pak cik rasa lirik lagu tu sesuaiiiiiiiiiiiiiiiiii betol dengan penghujung pengajian pak cik kat bumi sabah tercinta ni........dan sesuai la untuk korang teman2 pak cik yang sama berjuang untuk dapat ilmu bersama pak cik... hehehe......

ni lagu untuk korang... tapi bukan pak cik la yang nyanyi sebab suara pak cik ni tak sedap....besauuuuuuuuu n garauuuuuuuuuu.. hehehe


Lirik/Tajuk Lagu: Memori Tercipta
Penyanyi: Shila OIAM

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa



Thursday, October 8, 2009

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ZON SABAH 2009

Hai selamat kembali menemui pak cik setelah agak lama tak update blog....selepas dapatan mengejut hari tu masa pembentangan pak cik agak emo lah.. mintak maap la kepada korang semua...
pak cik ni tak leh sikit kalau ada dapatan yang bias ni... maklumlah manusia tak sempurna...
ok tinggalkan episod itu... ni pak cik nak konsi la pengalaman pak cik ngan korang masa pak cik kene bentang dapatan kajian kat seminar tu..
ops lupa... nak introduce kat korang sedikit pasal seminar penyelidikan ........

Pada 4-6 okt lalu pak cik ngan minah Tambunan NI (Clarice) mati la aku kene tumbuk ngan perempuan ni.... opsss.......................... Di minta menyertai seminar penyelidikan pendidikan Zon sabah.. mak ai punya la takut masa tu sebab tak berani dan risau nak bentang dapatan kajian yang pak cik jalankan pada tahun 2008....oii punya la berdebar ..tapi yang jadi satu kenangan yang tak dapat pak cik lupakan ialah masa bentang tu..dia panggil nama dan introduce background pak cik....
mula2 ok tapi lepas tu menggigil la.. then rasa gemuruh tu semakin hilang... tapi risau tetap ada takut audience tanya soklan pelik2.....pak cik bentang dekat 20 minit gak la... then masa sesi soal jawab tu ada pensyarah bangun untuk tanya soalan.. punya la pak cik takut..aduii.. rupanya dia cakap tahniah sebab berani bentang n bagi sedikit cadangan kajian. .....alhamdulillah pak cik berjaya bentang dengan baik....
Sini pak cik nak rakamkan setinggi terima kasih pada korang semua yang banyak tolong pak cik dan bantu pak cik dalam lalui semua ni.. ....pak cik sangat bertuah sebab pakcik dapat banyak sokongan dari pensyarah di IP masa nak bentang hari tu.....ustaz Misri, Encik Mokhtar, dan ramai lagi penyarah dan staf yang bagi sokongan moral pada pakcik..
Pak cik tak akan lupa jasa korang sume terutamanya penyelia pak cik Encik Azmi, Encik Mait, MAdam Vasanthi, Mr. Vijay, Madam Nora sebab banyak tolong semasa pak cik buat persediaan..
time kasih pada semua member satu kelas, PAK MUSA, CLARIS, ZARINA, MARINA dan Tungkik.

Credit Also TO CLARICE sebab pembentangan dia paling mantop.. ramai lagi audience dia.....

Ni gambar kenangan yang pak cik nak kongsi ngan korang sume:


Posing Kat Lobby Hotel...Macam Stairway to heaven Kan


Penyampaian Cendera mata dari KJ JPM yang dihormati En. Firdaus

Posing Selamba....tapi akan diingati selalu

Bersama dengan penyelia yang banyak membantu
(Me, En. Vijayen, Pn. Vasanthi, & Clarice)

Inilah Penyelia pak cik yang spoting habis... Encik Mait Atong..
(Ucapan Terima Kasih Menggunung DiHati Pak Cik Untuk Beliau)

Santai habis selepas pembentangan ..fuhh lega....

Posing Sebelum Pembentangan..
Padahal Berdebar Gile....



Kenangan Itu.......................

Ini semua gambar kenangan yang pasti akan menjadi satu memori yang indah suatu hari nanti...
aku pasti gambar ni punyai sentimental value sama ada pada aku kat sini atau pada korang kat luar sana... bak kata-kata indah dari hati........................

Kenangan Indah Itu Sentiasa Di Hati Kita





Posing Istimewa dari Aku...wakakakaka



NI ngan JUnior yang Masih Fresh lagi...
KOrang timba la ilmu banyak2.. Tak rugi tau


With Mr Palak...saudara Kembar.



Gambar Mantop..Mencari erti Cahaya Itu


Dengan Team Abang HAji nih... Melaram sakan...

Monday, October 5, 2009

Guru Pelatih PISMK-OUM tidak menepati kehendak sekolah.



ni pak cik nak cerita dengan korang pasal satu kajian yang pakcik baru dengar tadi.
mak bapak mengkarung...
terkejut la jugak pak cik ni kan pasal kajian tu cakap guru PELATIH kohot PAK CIK ni tak menepati kehendak sekolah..
persepsi ini dikemukakan oleh 3 orang pengkaji yang memang pak cik sangat kenal. Responden kajian diorang plak 5 guru dari setiap sekolah yang member2 pak cik ikut praktikum...
tapi pada pandangan dan senario sebenar tu pak cik kira ada dapatan yang pak cik betul2 tak setuju...
hanya berdasarkan borang DEPA2 ni dok uji pelatih cakap pelatih tak bagus... bagai mana mereka ukur sedangkan benda tu subjektif. Teori mana yang diorang guna untuk buat perbandingan dengan standart MS ISO dan MQA sedangkan capaian yang dibuat oleh pelatih dah melepasi tahap yang diinginkan. kalau nak di bandingkan, pertama dalam sejarah orang yang ambil ijazah adalah kami yang terpaksa ambil 36 jam kredit untuk cover benda2 merepek. beside pakcik boleh nyatakan banyak bukti yang dapat menyokong pak cik.. berapa banyak kerja yang kami buat di sekolah dalam tempoh masa terdekat. macam2 tau. tempoh praktikum yang singkat (6 minggu) tidak boleh jadi kayu pengukur untuk sesuatu subjek yang besar. tak percaya tanya kawan2 pak cik di kelas. lagipun dalam surat arahan dari pihak pentadbiran kami tidak boleh jadi penyelaras atau penganjur untuk sebarang aktiviti. cuma jadi pembantu je...
memang pak cik tak setuju betul la dengan dapatan kajian ni. ia hanya ukur 4 item yang memang jelas abstrak.

pengurusab bilik darjah
aktiviti kokurikulum
urus buku kehadiran
kepelbagaian dalam kaedah P&P
kawal disiplim murid semasa mengajar
dan juga merangsang murid untuk berfikir.


nah.. korang fikir la bagai mana mereka ukur item tersebut. semua abstrak dan tidak boleh diukur. pak cik juga tertanya2 teori apa yang mereka pakai, kaedah pengubahsuaian sapa yang mereka gun unutk tadbir item ujian. lagipun kalo korang nak tau realitinya, borang yang mereka hantar ke sekolah untuk pengujian tu merupakan borang soal selidik untuk guru pelatih KPLI. so memang la pak cik tak setuju. pada korang yang ikut perkembanganBlog pakcik pak cik rasa korang tau bagaimana penat lelah pakcik untuk praktikum dulu. berabis duit, masa dan tenaga. semua aktiviti di sekolah pak cik ikut. sampaikan jatuh sakit pun pak cik tetap ikut.

pada korang ...... korang selidik la sendiri kebenaran. pak cik tak leh nak cakap apa2 cuma pada pak cik kajin itu tidak benar dalam petadbiran item dia.

pada pengkaji tu terima kasih atas kajian anda. mungkin kajian ini bertujuan untuk menambah baik prosedur pengurusan namun pembentangan ni buat muka pak cik merah padam sebab ramai audience kat sana terutama guru sekolah dan pensyarah dari IP lain..........

pandai2 la korang nilai ye... tak pun korang buat balik kajian tu.... hehehe.. k
pak cik kecewa dan terkejut la kan..
k jumpa lagi................

Saturday, August 8, 2009

GURU harus ada semua P........


salam sejahtera kepada semua ye.....
lama dah pakcik tak up date blog pak cik ni...
maklum le busy dengan urusan dunia ni...

berbalik kepada tajuk yang mantap kat atas tu pak cik nak bagi tau korang yang ayat tu merupakan ayat keramat yang pak cik dengar dari arwah x Pengarah maktab pak cik dulu iaitu Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban......
mesti korang tau kan yang pak cik ni bukan fully dekat keningau ni... tapi transfer student...
sedang pak cik dok sebok mengacau budak Pengajian Tamil tibe2 pak cik terdiam.........
KITA SEBAGAI GURU MESTI ADA SEMUA P DALAM DIRI KITA.................
pak cik pun berfikir apa yang P tu....
Arwah ulas dengan panjang lebar..... kita sebagai guru mesti tahu menjadi pelakon, pembohong, penyanyi, permuzik, penyaid dan dan macam-macam la......

ternyata benar kata Arwah yang semua tu perlu ada dalam diri kita...
buktinya sekarang ramai bakal guru dan pensyarah yang dok kat IP Keningau ni ada sikap tu... bak kata pepatah yang tak berapa patah tu......CUKUP PAKAGE la........
pak cik pun terkena tempias P tu .....
pak cik ngan Si tungkik jadi penyelamat......P jugak kan...
dan 2 kali sepanjang praktikum ni pak cik jadi penyelamat budak sekolah... dulu kes koyak kepala.....dan the lestest tu kes rabak tangan plak...
ala korang tau la kan budak2 tahun 1,2,3 ni kalau korang larang bukan dia nak dengar... bagus kalo korangs uruh je buat baru le dia tak nak buat..(reverse psikologi)....
dengan baik hati pak cik ngan si Tungkik tolong budak tu... yang best nye pak cik cakap kat dia lain kali ko pergi sepit tangan kau kat pintu lori plak... biar darah keluar banyak sket....sebab dan bayak kali pak cik larang dia main kat pintu kelas tu... tapi balik2 memanjat... sekali nah.....................

k lah... lain kali pak cik buat cerita mantap plak k...
Ni nak sambung buat RPH n BBM plak.......
esok kena observe plak (final dah)...wakakakakak..)dah jangan dok merapu.. sambung kerja rosli......

Thursday, July 30, 2009

Malang Tak Berbau.......

ni pak cik nak kongsi pengalaman ngan korang sket pasal malang tak berbau ni...
dia tak macam buah durian atau buah cempedak.....
memang tak berbau....
ceritanya bermula begini....
al kisah...... tersebutlah kisah........
seorang budak nakal tahun satu ni....
pada waktu rehat tadi pak cik tengah buat la RPH sambil bergosip kat bilik guru (harus la gosip yang membina k).......tetiba pak cik dengar suara budak yang mendayu2 menangis..(ingat anak buluh betong dah)...
so pak cik heran la....
sapa plak yang menangis ni....makin lama makin kuat....
so pak cik mintak la si TUNGKIK pergi tengok.....
KIK....cuba ko pergi tengok sapa yang beranak kat tangga sekolah ni....
dengan lurus dan bendulnya si tungkik pergi tengok..........
dengan kayu sakti dia yang selalu di bawak tu dia pergi la round tahun 1,2,3 sambil membuli budak2 sana........masuk kelas masing2....apa korang...korang..korang buat kat luar ni...(bengitulah bunyi ayat tersasul si tungkik).....then dia bawak la sorang budak tu....dengan darah penuh kat baju dan tangan............seeeliii... cuba ko tengok budak ni... berdarah2 dah ni kepala dia.......
aku pun memandang......budak tu masih menangis....datang mama rock terus dia tengok budak tu... memang jelas la naluri ibu dia...
tengok sekali dah tau dah....ko kena apa ni... tanya mama rock...
sia terjatuh cikgu....ada urang tulak sa....
aku pun terus la tarik budak tu duduk kat kerusi sambil mama rock panggil guru bertugas....
aku nampak darah dah meleleh.....adeh.... mesti kasi berhenti ni darah ni...
dengan Kuasa BUlan aku jadi Nurse la pagi tu....tunjuk segala skill yang aku belajar dulu...(tak sia2 jadi kadet terbaik)...
aku buat la apa yang patut....cuci luka tu...sapu ubat luka then balut sebelum di bawa ke hospital sebab besar juga luka dia... mungkin kena jahit ni....so aku balut la pakai bandage.....yang aku nk ketawa tu aku cari kain kasa kecil tak da...so aku balut pakai kain kasa besar...
luka sikit je tapi nah.....macam pecah sudah tu kepala budak aku buat....cikgu2 lain ketawa sebab diorang cakap mesti pengsang mak budak tu kalau nampak ni... macam anak dia luka terbelah kepala cara aku balut....
aku pun nak ketawa gak...... then datang GB yang baik hati menenangkan keadaan budak tu...memang guru kat sini baik hati dan penyayang.....dia inform mak budak tu then explain apa yang berlaku serta luka tu tak besar mana cuka cara balut tu je...wakakaka...(no kain kasa yang kecil meh..)budak tu di hantar la ke hospital.....besok tengok la macam mana budak tu...ahahaha....... apa2 pun thanks to TUNGKIK yang jadi asistan Medic, cikgu2 yang baik hati dan GB yang very responsible... mama rock... u rock the day......ahahahahah

pengajaran dia.....jangan gatal kaki nak berlari2 dalam keadaan hujan sebab licin....jangan bertolak2 sebab kalau aku tolak lagi sakit......then jangan suka mengadu sebab sakit tangan kena rotan ngan aku...wakakakakakaka.........................................

pengalaman aku ni memang berharga.........sangat berharga dan tidak di jual kati kat kedai...
hopefully aku jadi guru yang baik......(murid sume takut sebenarnya tengok aku sebab aku garang gak sebenarnya)....ahahahaah