Friday, November 20, 2009

Perpisahan

Bertemu dan berpisah adalah lumrah manusia, kitaran kehidupan ini tak pernah berhenti namun ia tetap akan mendewasakan kita.. dari sini kita belajar erti hidup yang akan sampai kepada titik noktah yang kita belum tentu tahu bila ia akan berlaku......sedih memang sedih sebab di sini aku bergelumang dengan ilmu dan pendidikan yang tiada penghujung..
Hari ini bermulalah cuti persekolahan dan semua orang sibuk mengemas barang masning-masing sebab nak kejar penerbangan balik kampung... ada yang bersorak riang kegembiraan kerana cuti yang tiba bagai satu pesta yang panjang... ada yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman menemui ibu bapa yang tercinta... aku plak sedih tengok kawan-kawan yang aku dah anggap macam adik beradik bakal berpisah... 4 tahun di sini.. satu masa yang cukup panjang yang banyak kau pelajari... satu persatu aku kenali dan satu persatu bakal aku tinggalkan dengan seribu kenangan yang pasti akan menjadi ingatan sampai bila2....

Buat Kawan-kawan..
terima kasih kerana memahami dan menghargai diri ini..
dan terima kasih untuk pengalaman yang begitu berharga .
aku akan ingat sampai bila-bila.. koranglah teman dan koranglah saudara aku kat sini sebab kita dah macam satu keluarga.. jatuh bangun kita bersama... macam kata orang tua-tua lagikan lidah lagi tergigit kan... tapi aku faham... kita sama-sama belajar menjadi manusia yang terbaik..

Buat Junior yang bercuti:
selamat bercuti dan semoga jumpa lagi...
jaga diri kamu baik2 masa cuti.......
mintak maap la kalau ada salah dan silap......
kepada mereka yang kene marah malam tadi (Kugiran asrama) aku mintak maap..
hehe bukan sengaja nak marah tapi kalau dah terlebih2 tu terpaksalah aku tegur...(untuk kebaikan korang jugak)

Ni lagu Perpisahan aku tujukan buat semua kawan2 yang seperjuangan dengan aku dalam menuntut ilmu di sabah bumi tercinta..(walau aku bukan sabahan) heheh...



Anuar Zain - Perpisahan

Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah kuberi
Tiada lagi bersama

Seringkala aku terlihatkan mu
Impian nan indah
Bersulam bahagia

Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara

(Korus)
Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu

Kasih tercari-cari

Keraguan ini bukanlah padamu
Masih tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilanganmu


Tuesday, November 3, 2009

The Last Holiday In Sabah 2009.....

salam buat semua kawan2 pak cik... hehehe
lama dah tak update blog pakcik ni.. sory lah semua sebab seminggu ni pak cik asyik berjalan2 mengelilingi sabah melihat ciptaan Tuhan yang tiada tolok bandingnya... kalau nak di ikutkan, nak jer seminggu ni round seluruh sabah dari utara sampai selatan then dari timur ke Barat tapi apa leh buat budget terhad.. so pergi yang mana boleh pergi je lah kan...heheh ..
buat pengetahuan korang semua pak cik dah start packing dah sikit2 sebab tinggal 2 minggu je lagi pak cik kat sini then tamatlah sebuah perjalanan ilmu yang sangat jauh dan panjang dari pakcik....
ape tak jauh nye 2 kali tukar flight lepas tu ambil bas lagi 3 jam baru leh sampai bumi Keningau Ni....tapi tak per lah jauh berjalan luas pemandangan bertambah pengetahuan.....dan tak kenal maka tak cintakan (cinta kerrrrrrrrrrrrrr)....ahahahah

sebelum pak cik memalut panjang let me story u alls pasal trip pak cik ... semuanya tak dirancang....elok2 masuk elaun praktikum terus pakcik blur nak buat aper.... lepas pk pasal budget then kengkawan pakcik ajak pergi sipitang...so aper lagi..dengan semangat inkuiri yang tinggi pak cik n 4 other member pun bertolak la dari Keningau, Tenom, Sipitang.. perjalanan dia bukan main jauh tapi alhamdulillah kami sampai dengan selamat... beside pemandangan di sepanjang jalan amat cantekkkkkkkkkkkkkk sekali.....
Dari Sipitang tu pakcik terus Call kak Ana...kakak KPLI Jqaf yang sama2 datang kat sabah ngan pak cik dulu... dia dah lama ajak pakcik dan kengkawan pergi sipitang... nak belanjan Satey katenye...hehehe.. alhamdulillah sampai jugak kami kat sana....lepas makan kak Ana bagi cadangan supaya kami pergi ke LAwas Sarawak... sebab dah dekat dah katenye.. boleh tengok apa yang manarik kat sana..heheheh so kami teruslah jalan sampai LAWAS. tapi so bad de tempat makan yang menarik dan halal...after 2 jam kami patah balik ke Sipitang the check in Motel... malam tu kami dinner kat tepi pantai.. makan satay sipitang... esoknye kami balik ikut Beauford...jauh tu perjalanan.....

Dan hari ni Pak Cik berjalan lagi....makan angin....kat air terjun Mahua ...cantik.. teersangat la cantek pemandangan dia,,,,, betullah....hebat betul ciptaan tuhan ni kan.... beristiqfar pak cik sekejap.. then kami buat BBQ kat outsite camp.. dah siap masak kami pack then bawak pergi kat waterfall.. sejuk betul air dia.... macam ais sejuk dia.. apa lagi.. berposing sakan la kami...hahaah then makan n MANDIIIIIIIIIIIIIIII>..walau sejuk tetap best....sampai mengigil......
lepas mandi kami semua solat kat sana... macam biasa pak musa jadi Imam....aahahahhahaha....


Wednesday, October 21, 2009

Saki Baki Pengajian yang Tinggal....

Kini hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk pak cik nak tamatkan pengajian yang sangat panjang kat sini.... sedih tu memang sedih tapi tu dah kira asam garam hidup.. yang patah kan tumbuh dan yang hilang kan berganti... dah kitaran hidup macam tu nak buat macam mana kan.......

tapi korang juga kena ingat yang tumbuh dan berganti tu takkan sama dengan yang dah patah.. yang ori takkan sama dengan yang klon kan... heheheheh..

kalau nak imbau kenangan kat sini banyak la yang pak cik dapat.. suka duka semua pak cik dah lalui... tapi tinggal selangkah lagi untuk pak cik meneruskan dunia pak cik ke alam kerjaya plak.. tapi azam pak cik masih tinggi untuk sambung pelajaran sehingga peringkat tertinggi kat New Zealand...insyaallah pak cik akan berusaha... korang doakan pak cik gak yer....

ni masa pak cik sibuk2 nak edit lagu untuk bro pak cik si BOn pak cik teringat lagu sorang minah ni yang pak cik suka sejak dari kecik lagi.. dulu dia tak cantik tapi tetiba jadi cantik....(macam cinderella kot)...heheheh.........

Pak cik pun download la lagu tu.....mantop sebab pak cik rasa lirik lagu tu sesuaiiiiiiiiiiiiiiiiii betol dengan penghujung pengajian pak cik kat bumi sabah tercinta ni........dan sesuai la untuk korang teman2 pak cik yang sama berjuang untuk dapat ilmu bersama pak cik... hehehe......

ni lagu untuk korang... tapi bukan pak cik la yang nyanyi sebab suara pak cik ni tak sedap....besauuuuuuuuu n garauuuuuuuuuu.. hehehe


Lirik/Tajuk Lagu: Memori Tercipta
Penyanyi: Shila OIAM

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa



Thursday, October 8, 2009

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ZON SABAH 2009

Hai selamat kembali menemui pak cik setelah agak lama tak update blog....selepas dapatan mengejut hari tu masa pembentangan pak cik agak emo lah.. mintak maap la kepada korang semua...
pak cik ni tak leh sikit kalau ada dapatan yang bias ni... maklumlah manusia tak sempurna...
ok tinggalkan episod itu... ni pak cik nak konsi la pengalaman pak cik ngan korang masa pak cik kene bentang dapatan kajian kat seminar tu..
ops lupa... nak introduce kat korang sedikit pasal seminar penyelidikan ........

Pada 4-6 okt lalu pak cik ngan minah Tambunan NI (Clarice) mati la aku kene tumbuk ngan perempuan ni.... opsss.......................... Di minta menyertai seminar penyelidikan pendidikan Zon sabah.. mak ai punya la takut masa tu sebab tak berani dan risau nak bentang dapatan kajian yang pak cik jalankan pada tahun 2008....oii punya la berdebar ..tapi yang jadi satu kenangan yang tak dapat pak cik lupakan ialah masa bentang tu..dia panggil nama dan introduce background pak cik....
mula2 ok tapi lepas tu menggigil la.. then rasa gemuruh tu semakin hilang... tapi risau tetap ada takut audience tanya soklan pelik2.....pak cik bentang dekat 20 minit gak la... then masa sesi soal jawab tu ada pensyarah bangun untuk tanya soalan.. punya la pak cik takut..aduii.. rupanya dia cakap tahniah sebab berani bentang n bagi sedikit cadangan kajian. .....alhamdulillah pak cik berjaya bentang dengan baik....
Sini pak cik nak rakamkan setinggi terima kasih pada korang semua yang banyak tolong pak cik dan bantu pak cik dalam lalui semua ni.. ....pak cik sangat bertuah sebab pakcik dapat banyak sokongan dari pensyarah di IP masa nak bentang hari tu.....ustaz Misri, Encik Mokhtar, dan ramai lagi penyarah dan staf yang bagi sokongan moral pada pakcik..
Pak cik tak akan lupa jasa korang sume terutamanya penyelia pak cik Encik Azmi, Encik Mait, MAdam Vasanthi, Mr. Vijay, Madam Nora sebab banyak tolong semasa pak cik buat persediaan..
time kasih pada semua member satu kelas, PAK MUSA, CLARIS, ZARINA, MARINA dan Tungkik.

Credit Also TO CLARICE sebab pembentangan dia paling mantop.. ramai lagi audience dia.....

Ni gambar kenangan yang pak cik nak kongsi ngan korang sume:


Posing Kat Lobby Hotel...Macam Stairway to heaven Kan


Penyampaian Cendera mata dari KJ JPM yang dihormati En. Firdaus

Posing Selamba....tapi akan diingati selalu

Bersama dengan penyelia yang banyak membantu
(Me, En. Vijayen, Pn. Vasanthi, & Clarice)

Inilah Penyelia pak cik yang spoting habis... Encik Mait Atong..
(Ucapan Terima Kasih Menggunung DiHati Pak Cik Untuk Beliau)

Santai habis selepas pembentangan ..fuhh lega....

Posing Sebelum Pembentangan..
Padahal Berdebar Gile....



Kenangan Itu.......................

Ini semua gambar kenangan yang pasti akan menjadi satu memori yang indah suatu hari nanti...
aku pasti gambar ni punyai sentimental value sama ada pada aku kat sini atau pada korang kat luar sana... bak kata-kata indah dari hati........................

Kenangan Indah Itu Sentiasa Di Hati Kita





Posing Istimewa dari Aku...wakakakaka



NI ngan JUnior yang Masih Fresh lagi...
KOrang timba la ilmu banyak2.. Tak rugi tau


With Mr Palak...saudara Kembar.



Gambar Mantop..Mencari erti Cahaya Itu


Dengan Team Abang HAji nih... Melaram sakan...

Monday, October 5, 2009

Guru Pelatih PISMK-OUM tidak menepati kehendak sekolah.



ni pak cik nak cerita dengan korang pasal satu kajian yang pakcik baru dengar tadi.
mak bapak mengkarung...
terkejut la jugak pak cik ni kan pasal kajian tu cakap guru PELATIH kohot PAK CIK ni tak menepati kehendak sekolah..
persepsi ini dikemukakan oleh 3 orang pengkaji yang memang pak cik sangat kenal. Responden kajian diorang plak 5 guru dari setiap sekolah yang member2 pak cik ikut praktikum...
tapi pada pandangan dan senario sebenar tu pak cik kira ada dapatan yang pak cik betul2 tak setuju...
hanya berdasarkan borang DEPA2 ni dok uji pelatih cakap pelatih tak bagus... bagai mana mereka ukur sedangkan benda tu subjektif. Teori mana yang diorang guna untuk buat perbandingan dengan standart MS ISO dan MQA sedangkan capaian yang dibuat oleh pelatih dah melepasi tahap yang diinginkan. kalau nak di bandingkan, pertama dalam sejarah orang yang ambil ijazah adalah kami yang terpaksa ambil 36 jam kredit untuk cover benda2 merepek. beside pakcik boleh nyatakan banyak bukti yang dapat menyokong pak cik.. berapa banyak kerja yang kami buat di sekolah dalam tempoh masa terdekat. macam2 tau. tempoh praktikum yang singkat (6 minggu) tidak boleh jadi kayu pengukur untuk sesuatu subjek yang besar. tak percaya tanya kawan2 pak cik di kelas. lagipun dalam surat arahan dari pihak pentadbiran kami tidak boleh jadi penyelaras atau penganjur untuk sebarang aktiviti. cuma jadi pembantu je...
memang pak cik tak setuju betul la dengan dapatan kajian ni. ia hanya ukur 4 item yang memang jelas abstrak.

pengurusab bilik darjah
aktiviti kokurikulum
urus buku kehadiran
kepelbagaian dalam kaedah P&P
kawal disiplim murid semasa mengajar
dan juga merangsang murid untuk berfikir.


nah.. korang fikir la bagai mana mereka ukur item tersebut. semua abstrak dan tidak boleh diukur. pak cik juga tertanya2 teori apa yang mereka pakai, kaedah pengubahsuaian sapa yang mereka gun unutk tadbir item ujian. lagipun kalo korang nak tau realitinya, borang yang mereka hantar ke sekolah untuk pengujian tu merupakan borang soal selidik untuk guru pelatih KPLI. so memang la pak cik tak setuju. pada korang yang ikut perkembanganBlog pakcik pak cik rasa korang tau bagaimana penat lelah pakcik untuk praktikum dulu. berabis duit, masa dan tenaga. semua aktiviti di sekolah pak cik ikut. sampaikan jatuh sakit pun pak cik tetap ikut.

pada korang ...... korang selidik la sendiri kebenaran. pak cik tak leh nak cakap apa2 cuma pada pak cik kajin itu tidak benar dalam petadbiran item dia.

pada pengkaji tu terima kasih atas kajian anda. mungkin kajian ini bertujuan untuk menambah baik prosedur pengurusan namun pembentangan ni buat muka pak cik merah padam sebab ramai audience kat sana terutama guru sekolah dan pensyarah dari IP lain..........

pandai2 la korang nilai ye... tak pun korang buat balik kajian tu.... hehehe.. k
pak cik kecewa dan terkejut la kan..
k jumpa lagi................

Saturday, August 8, 2009

GURU harus ada semua P........


salam sejahtera kepada semua ye.....
lama dah pakcik tak up date blog pak cik ni...
maklum le busy dengan urusan dunia ni...

berbalik kepada tajuk yang mantap kat atas tu pak cik nak bagi tau korang yang ayat tu merupakan ayat keramat yang pak cik dengar dari arwah x Pengarah maktab pak cik dulu iaitu Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban......
mesti korang tau kan yang pak cik ni bukan fully dekat keningau ni... tapi transfer student...
sedang pak cik dok sebok mengacau budak Pengajian Tamil tibe2 pak cik terdiam.........
KITA SEBAGAI GURU MESTI ADA SEMUA P DALAM DIRI KITA.................
pak cik pun berfikir apa yang P tu....
Arwah ulas dengan panjang lebar..... kita sebagai guru mesti tahu menjadi pelakon, pembohong, penyanyi, permuzik, penyaid dan dan macam-macam la......

ternyata benar kata Arwah yang semua tu perlu ada dalam diri kita...
buktinya sekarang ramai bakal guru dan pensyarah yang dok kat IP Keningau ni ada sikap tu... bak kata pepatah yang tak berapa patah tu......CUKUP PAKAGE la........
pak cik pun terkena tempias P tu .....
pak cik ngan Si tungkik jadi penyelamat......P jugak kan...
dan 2 kali sepanjang praktikum ni pak cik jadi penyelamat budak sekolah... dulu kes koyak kepala.....dan the lestest tu kes rabak tangan plak...
ala korang tau la kan budak2 tahun 1,2,3 ni kalau korang larang bukan dia nak dengar... bagus kalo korangs uruh je buat baru le dia tak nak buat..(reverse psikologi)....
dengan baik hati pak cik ngan si Tungkik tolong budak tu... yang best nye pak cik cakap kat dia lain kali ko pergi sepit tangan kau kat pintu lori plak... biar darah keluar banyak sket....sebab dan bayak kali pak cik larang dia main kat pintu kelas tu... tapi balik2 memanjat... sekali nah.....................

k lah... lain kali pak cik buat cerita mantap plak k...
Ni nak sambung buat RPH n BBM plak.......
esok kena observe plak (final dah)...wakakakakak..)dah jangan dok merapu.. sambung kerja rosli......

Thursday, July 30, 2009

Malang Tak Berbau.......

ni pak cik nak kongsi pengalaman ngan korang sket pasal malang tak berbau ni...
dia tak macam buah durian atau buah cempedak.....
memang tak berbau....
ceritanya bermula begini....
al kisah...... tersebutlah kisah........
seorang budak nakal tahun satu ni....
pada waktu rehat tadi pak cik tengah buat la RPH sambil bergosip kat bilik guru (harus la gosip yang membina k).......tetiba pak cik dengar suara budak yang mendayu2 menangis..(ingat anak buluh betong dah)...
so pak cik heran la....
sapa plak yang menangis ni....makin lama makin kuat....
so pak cik mintak la si TUNGKIK pergi tengok.....
KIK....cuba ko pergi tengok sapa yang beranak kat tangga sekolah ni....
dengan lurus dan bendulnya si tungkik pergi tengok..........
dengan kayu sakti dia yang selalu di bawak tu dia pergi la round tahun 1,2,3 sambil membuli budak2 sana........masuk kelas masing2....apa korang...korang..korang buat kat luar ni...(bengitulah bunyi ayat tersasul si tungkik).....then dia bawak la sorang budak tu....dengan darah penuh kat baju dan tangan............seeeliii... cuba ko tengok budak ni... berdarah2 dah ni kepala dia.......
aku pun memandang......budak tu masih menangis....datang mama rock terus dia tengok budak tu... memang jelas la naluri ibu dia...
tengok sekali dah tau dah....ko kena apa ni... tanya mama rock...
sia terjatuh cikgu....ada urang tulak sa....
aku pun terus la tarik budak tu duduk kat kerusi sambil mama rock panggil guru bertugas....
aku nampak darah dah meleleh.....adeh.... mesti kasi berhenti ni darah ni...
dengan Kuasa BUlan aku jadi Nurse la pagi tu....tunjuk segala skill yang aku belajar dulu...(tak sia2 jadi kadet terbaik)...
aku buat la apa yang patut....cuci luka tu...sapu ubat luka then balut sebelum di bawa ke hospital sebab besar juga luka dia... mungkin kena jahit ni....so aku balut la pakai bandage.....yang aku nk ketawa tu aku cari kain kasa kecil tak da...so aku balut pakai kain kasa besar...
luka sikit je tapi nah.....macam pecah sudah tu kepala budak aku buat....cikgu2 lain ketawa sebab diorang cakap mesti pengsang mak budak tu kalau nampak ni... macam anak dia luka terbelah kepala cara aku balut....
aku pun nak ketawa gak...... then datang GB yang baik hati menenangkan keadaan budak tu...memang guru kat sini baik hati dan penyayang.....dia inform mak budak tu then explain apa yang berlaku serta luka tu tak besar mana cuka cara balut tu je...wakakaka...(no kain kasa yang kecil meh..)budak tu di hantar la ke hospital.....besok tengok la macam mana budak tu...ahahaha....... apa2 pun thanks to TUNGKIK yang jadi asistan Medic, cikgu2 yang baik hati dan GB yang very responsible... mama rock... u rock the day......ahahahahah

pengajaran dia.....jangan gatal kaki nak berlari2 dalam keadaan hujan sebab licin....jangan bertolak2 sebab kalau aku tolak lagi sakit......then jangan suka mengadu sebab sakit tangan kena rotan ngan aku...wakakakakakaka.........................................

pengalaman aku ni memang berharga.........sangat berharga dan tidak di jual kati kat kedai...
hopefully aku jadi guru yang baik......(murid sume takut sebenarnya tengok aku sebab aku garang gak sebenarnya)....ahahahaah

Aku Disini Teguh Berdiri........................

Wah...wah..wah.. tajuk gempak ni....
korang patut baca story pak cik ni....
setelah kembali dari luka kini pak cik dah boleh tersenyum kambing opsssss...
(lupa kambing mana leh senyum)...bergelak ketawa dengan semua orang....
terima kasih pada semua yang memberikan pak cik kekuatan dan sokongan...
hanya tuhan saja yang balas jasa korang....
sakit tu memang sakit tapi sakit lagi kalau kene bunuh kan...wakakaka
tak pe.. itu semua pengalaman hidup...
pengalaman yang sangat mahal yang pak cik temui....
semoga suatu hari nanti ia berguna untuk pak cik......(ape aku dah merepek ni)....
stop...stop..stop..... tok sah dok merapu.....

ahahahhahaah... next tajuk.......

terima kasih mama kerana berikan aku semangat.. buat teman-teman ingatlah kau selalu jadi yang terbaik.............

Friday, July 17, 2009

Kekeliruan Hati...

hai semua...setelah lama menyepi kini aku kembali mencoret-coret perkataan di sini...
kebelakangan ni aku tak sempat nak update blog sebab busy betul......
banyak hal2 dunia ni aku kena urus.....
tapi di sebalik kesibukan ini terukir satu kenangan yang baru dan mungkin aku takkan lupakan sampai bila2 pun... suka, duka, tawa serta resah....semua cukup lengkap...
mungkin ini orang cakap pasal kekeliruan hati...
tak tau lah kenapa boleh jadi macam ni... puas aku bertanya pada diri tapi belum jumpa jawapan yang betul2 boleh menjawab segala persoalan di minda aku...
hmmm susah jugak jadi mat jiwang ni kan..................haiyo..
im sick of this tapi tak tau macam mana nak jauhkan kekeliruan ini.....
tapi aku berdoa pada tuhan agar diteguhkan hati ini, tetapkan iman ini serta kuatkan semangat aku untuk mengharungi segala...
bukan mudah untuk mudah dan bukan senang untuk senang......semuanya memerlukan pengorbanan.... bak kata encik K.....KOS MELEPAS......adeh........
akan aku kekalkan diri ini untuk menjadi diriku sendiri walau orang lain tak suka sebab siapalah kita di mata mereka dan do i care about them.........(nah)...i wanna be my self....ROSLI....
dan aku telah lalui banyak perkara untuk aku sampai ke tahap ini.. bukan alang2 ranjau yang datang sejak dari dulu tapi aku berjaya tempuhi juga...cuma kini rintangan tu dalam bentuk yang susah untuk di luahkan dengan kata-kata (mungkin biarlah rahsia)..................
aku berharap semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari yang mendatang membawa seribu kegembiraan menolak duka jauh ke dasar laut........
aku akan berusaha untuk merungkaikan segala kekeliruan hati ini agar aku bisa tenang.......

Thursday, June 4, 2009

Secebis Pengalaman Siri 2

hai..hoi..hai.. kembali lagi dalam cerita secebis pengalaman...
dulu pak cik cerita kat korang pasal pengalaman pak cik masa 1st time datang sabah untuk belajar...
ni sambungan siri 2 dia...


mana nak mula ni arr...hmmmmm
ok ...ni masa seminggu lepas minggu pengrusan pelajar MPPB yang SIAL....
sakit ati aku pasal minggu pengurusan tu......tambah plak ramai yang plastik haaaa.... harus la aku bengangkan.... ok..ok..
berbalik pada cerita tu .....masa tu kelas pak cik kene handle pameran Yayasan Sabah... perghhhhhh... memang teruk la ka..
dengan semua situasi yang baru nye...dengan tak kenal orang nye terpaksalah handle ahahaha.. tapi sebelum tu pak cik ada la berkenalan dengan classmate yang (pelik)pada mulanya tapi lama2 yang pelik tu la yang VOUGE......ahahahahaha.. lucu..lucu...wakaka
masa perkenalan ngan diorang tu pak cik memang janggal...Si Jepa yang Start yang mula2 berkenalan....wakakak... masa pak cik perkenalkan diri pak cik sebut nama nama penuh..time status tu pak cik tersebut JANDA.. so semua classmate pak cik gelak la..ahaha tersasul plak.....pastu pandai2 la cover......ahahaha... sekali sekala pak cik akan sebut perkataan "yeks" kalau pak cik tak suka bende tu pak cik akan sebut "yeks" tanda protes atau nak muntah...ahahahah so sampai la sekarang diorang gelakkan pak cik yek.....tapi tak pe..ada juga yang dah kene ngan pakcik.. pak cik panggil dia COMBI, ORGANIK, MISS EMO, MAK LONG, KEKEK, BULU BEBEH, APEK, CHE MAS, dan ramai lagi lah... nah amik korang dapat nama glamer sebab panggil aku yek...ahahahaha

sambung pasal pameran YSS tu kan pak cik angkut la barang2 pameran tu dengan geng bas sekolah pak cik (musa, epi, jepa n apek)..barang2 tu pak cik bawak naik HILUX...macam kat indon pak cik rasa...
lepas tu kiterang kene dok kat blakang tu naik HILUX tu sampai kompleks sukan keningau...ahahah
lucu sial sbb tu lah 1st time pak cik naik HILUX macam kat indon..wakakakaka..
apa lagi berposing sakan la kami kat belakang tu.... masa hilux tu brek kepala pak cik terhantuk kat barang kat belakang..sakit siot.....
sampai kat sana kami pasang la sume binatang yang diangkut tu..wakaka
then besoknya pak cik bergaya sakan la pakai vouge2 sebab ada menteri lawat pameran kiterang...ahaha
sebenarnyekan pak cik pun tak tau ape pameran tu and tujuan pameran tu.. yang pak cik tau pak cik exited sebab tengok banyak kraftangan ...sampai keras tangan pak cik menegok..krem lutut2 sebab banyak berdiri.....aduii.. letih la plak kan...........

sampai sini je k ....nanti pak cik sambung lagi..ade kerja nak buat plak tetibe...adui.....
nanti cerita pasal pak cik nyaris mati dalam flight plak......korang tak tau kan pak cik nyaris mati dalam flight masa nak balik KL.......syukur tuhan masih bagi peluang untuk pak cik hidup dan kenal korang........kesan dia sampai sekarang masih ada dalam diri pak cik....sampai sekarang tau....
k.. see you...later..muah..muah..muah..

Tuesday, June 2, 2009

SEKITAR MAJLIS KONVOKESYEN UiTM SHAH ALAM.....






wah best yang amat mengikuti majlis konvokesyen UiTM ni.....banyak benda menarik yang berlaku... sebenarnya pak cik nak cerita tentang kehadiran diri pak cik ni kat majlis konvokesyen di sana...aduii panas bah......panas yang amat.... biasalah KL kan..semua panas, orang panas, cuaca panas dan gosip pun panas... wakakakaka.. tapi pak cik tak nak bergosip la kat sini... pak cik sebenarnya pergi tengok konvo kakak pakcik yang tak berapa tua tu..wakka (jangan marah sis) tapi pak cik malas la nak masuk dalam dewan die sebab punya ramai manusia kat situ... so pak cik ambil kesempatan la round2 tengok bazar bunga and hadiah tu...(habis duit aku)...banyak bunga dan hadiah menarik tapi harga boleh tahan la.....tapi yang pak cik tak berapa suka semua bunga yang di jual tu bunga plastik.. kalau ada bunga hidup tu 1 dalam seribu......tapi lepas majlis tamat kami sekeluarga ambil gambar sakan la.. berbagai2 pose yang menarik..wakaka.. pak cik sempat la merasa jubah konvo sis pakcik... ahahaha...tak pe2... next year turn pak cik plak KONVO...hahahaha....

Saturday, May 16, 2009

Secebis Pengalaman

tak Semua yang kita atur itu menjadi dan tak semua hajat yang kita hajati termakbul....betul tak...ni berdasarkan pengalaman pak cik la kan..semua tu dah ketentuan tuhan dan sebagai manusia kita hanya merancang....pak cik teringat lagi pengalaman pak cik masa dari kecil hingga lah besar panjang ni........banyak yang berlaku...ada suka..ada duka....namun selepas mengharungi baru kita tahu dan yakin dengan apa yang kita lakukan.....SECEBIS PENGALAMAN ni merupakan ilham pak cik untuk tulis pasal apa yang pernah ditempuhi sepanjang pak cik kat Sabah..ada tahun yang cemerlang dan gemilang dan ada tahun yang penuh dengan duka....

Macam orang cakap la ..hidup ni macam roda..sekejap kita di atas sekejap kita di bawah....pak cik nak start dari mana....ahh..............


ok 2006..
awal tahun 2006 pak cik dapat call dari MPRM suruh lapor diri kat sabah.. terus pak cik blur...betul ke ni..napa SABAH? napa perlu berpisah dengan semua kawan kesayangan dekat MPRM.....tapi tuhan maha kaya.......dia buat keputusan yang tepat untuk pakcik berhijrah....kenal dunia baru....kenal budaya baru.. lupakan kenangan Pahit dan Bina Peribadi baru....jadi ramailah yang call masa tu sbb semua orang tertanya2........on tarikh yang dinyatakan BPG, pak cik berkumpullah dekat IPTeknik...katanya ada taklimat....so kami berkumpul..dekat 60 orang semua......masa BPG tanya pasal IP tu semua angkat tangan....tapi bila Sebut IP Keningau...hanya 4 orang je yang angkat tangan....aik..napa IP lain Ramai.....IP Keningau Sikit.....(hati tertanya2).......ntah lah..mungkin sbb pelarasan Program KOt....
Pagi keesokan paginya pak cik berlepas la ke awan biru..........merentas laut Cina Selatan....(2jam 35) minit.......penerbangan......satu masa yang lama bagi pak cik pada awalnya....sbb hati tak berapa suka tu yang jadi lama.....pak cik tiba Di KK jam 9.35 pagi.....keluar ja dari flight..pak cik terus teringat pengalam di sabah masa pak cik melancong 2004.....semua sama..tak de perubahan....pergi imigresen.....check..ok...pasport tak de masalah... then my 1st problem came....lame gile pak cik tunggu bagasi.....hampir 30 minit.........................................
mana BAGASI aku ni..........muka dah pucat..cuak...tak tau mana nak capai.. otak dah berserabut........nasib baik bawak tepon.....mau menangis je rasenye...semua pakaian dan keperluan ada dalam tu......tiba2 datang MaMat ni...Baju merah n Seluar Hitam....macho...hansem...segak...cukup package la........Maaf encik....Encik cari apa.......(nak je aku cakap cari duit saya jatuh) tapi tak sampai hati.....so aku cakap dah setengah jam saya tunggu bagasi tapi tak ade pun...."mana pergi bagasi saya"(dalam BI OK )...
then dia chekc ngan flight attendant..... tanya kalaua da bagasi dalam kargo.......darah dah mula menyirap......nak Marah n sebenarnya cuak n takut gak......Tapi perasaan marah tu POWER la......then dia suruh ikut dia pergi unit LOST N FOUND.... encik isi borang ni.. bagasi encik mungkin tak sampai lagi...aku dah perasan yang bagasi aku HILANG.......................memang aku marah la kan.....terus aku maki dia kat situ..............depan semua staff dia....macam mana boleh jadi macam ni.. kau ingat saya naik kereta kuda ke boleh hilang bagasi......terdiam semua staff dia dalam ofis dia..............semua tunduk... datang bos dia dari belakang n cool down me... nasib baik Cantik....ahahahh..kalau tak tu pun kena sembur gak.. dia pun KLIA..tanya pasal bagasi......encik kami tak boleh buat apa2 kene tunggu 3 haari baru boleh kami urus bagasi encik..aku dengar 3 hari terus la aku BOM semua kat sana sampailah ada mamat macho ni masuk n minta maaf....(KREW FLIGHT)..then aku isi borang tututan ganti rugi....
so aku tanya la.. kalau 3 hari ni mana saya nak stay n lapor diri.. fail saya hilang.. tu semua dokumen KERAJAAN......nah cuak la diorang sbb diorang ingat aku ni pegawai kerajaan yang datang audit KK..(lawak).dia bg no phone hotel suruh tinggal kat sana.... tapi tiba2 aku teringat Penyelamat aku ..........Abang Angkat Aku kat KK.. aku call and dia cakap tak pe...tinggal kat rumah dia je.... so aku buat keputusan stay kat rumah dia la......

memang sakit HATi bila ingat benda tu.. then yang paling panas kan..tak de pun orang datang ambil kat T2 untuk ke IPKS......tak tau nak pergi macam mana, dan KENINGAU tu kat mana ntah........datang je Abang dekat airport aku terus follow dia balik rumah untuk tunggu 3 hari proses.....aku dah cuak, so aku keluar beli pakaian n keperluan asas la sbb bagasi aku dah hilang... baju satu pun tak de....Malam tu tengah lepak kat ruang tamu tiba2 dapat Call...
"hello encik MUHAMMAD ROSLI ye...'
bagasi encik kami dah jumpa dan akan dihantar ke KK dengan penerbangan petama besok pagi.....bagasi encik tersalah di hantar Ke BRISBENE........Australia"
terkejut beruk la aku.....jauh gak... macam mana jadi macam tu...ada kesilapan teknikal pada mesin pengimbas kami di KLIA......maaf ye encik...........................nak je aku cakap.. kan bagus kalau awak hantar saya ke sana.. boleh melancong free...ahahaha
besok tengahari aku pergi la airport amik bagasi aku......tgk bagasi dah pecah sket.....patah holder..... lepas sain terus aku menyindir....lain kali SAya nak duduk dalam Beg lah.. boleh pergi oversea.....ahahahahahah......then aku terus chaw... and kawan abang aku tu hantar pergi Keningau.....the FIrst word is aku tanya dia Betul ke ni jalan nak pergi Keningau....Ngerinya...ahahahah

ikuti Secebis Pengalaman seterusnya Nanti..............best pengalaman HIdup pak cik ni..........

tapi truely aku cakap keningau Ni tempat yang Indah dan nyaman...Beza..sangat berbeza dari Semenanjung........

Tuesday, May 5, 2009

HI Kembali bertemu



Setelah sekian lama menyepi hari ni pak cik kembali dengan berite dan perkembangan terkini..............
sowi lah sebab lam betul tak update blog...sekarang ni sesangat la sibuknye....
tapi pak cik sempat la pergi Kota Kinabalu pada 1 Mei lepas....
ni nak story kat korang pasal Second Cs Gathering untuk team Sabah... pak cik sempat join diorang kat KK hari tu.. memang best gile join team ni.. mereka ni semua very friendly and rasa macam family plak kat situ.... pak cik jumpa kawan baru kat sana....ramai..... organizer pun bagus.. ada mamat dari germany ni yang organize gathering ni untuk kami semua.. tapi sepanjang kat sini belum ada la Local Sabahan Yang organize ganthering.. hope mereka ni akan buat nanti.....
tak tahu la kenapa pak cik suka betul join team CS ni.... mungkin sebab pak cik ni suka berkawan dan pada masa yang sama boleh kenal macam2 orang.....beside boleh improve english pak cik ni yang semakin baik....................................memang amat menyeronokkan bile kenal mereka ni...
harap One day pak cik boleh jadi host gak untuk diorang yang datang ke tempat pak cik.....
Hmmm.. pada sapa2 yang nak join kelab ni boleh register kat www.couchsurfing.com....percuma dan tak yang nak bayar pun....
terima kasih untuk TOBI from Germany, Ana dari RUsia, Fredrick dari France, Kuni Jari Japan And TRee cute Girl fron Beijing China for the nice visit and host the beautiful gathering.... HOPE TO SEE YOU GUYS AGAIN LATER ON THE NEXT GATHERING....adios

Monday, April 13, 2009

Couch Surfing PotLUck Dinner 2009 in KK


Hai semua.....................
kembali lagi bersama Pak cik dalam soksek2........
ni pak cik baru je balik dari KK sebab ada ganthering potluck dinner dengan sume geng Couchsurfing...
best..tidak terkira seronoknye kerana akhirnya dapat kumpul ramai2 dekat rumah kawan pak cik si KUNI ni yang memang baik sangat.....
dah lama pak cik tunggu nak berkumpul dengan mereka ni sebab sebelum ni hanya jumpa dalam alam maya je (internet la)
ahahahha... petang tu siap pakcik sediakan makanan sikit untuk diorang... pakcik bawak ketupat sotong.. sedap......(resepi mama dari kampung)....thanks mom for teaching me well to cook this food...

Pak cik sampai sana agak lewat gak la sebab hujan beside pak cik kelam kabut sikit lalu terpijak lopak air depan rumah... habis basah kasut...eeeeee geramnyeeeee....
so pakai selipar je lah pak cik malam tu.. nasib baik tu bukan formal dinner.....
sampai sana pakcik park moto kesayangan dan terus menuju rumah KUNi... melangkah masuk je terus diorang sambut... oii best macam ratu plak.....
tengok makanan atas meja terus rasa lapar... tapi kene cover sket sebab petang tu dah melantak 3 burger...ahahahah (jangan marah ye). pastu berkenalan la dengan sume kat sane...
u all tau tak yang team couchsurfing ni sume peramah dan baik2 sebab tu diorang boleh bentuk satu komuniti yang besar.. kalo ada yang buat perangai terus kene KICK dari team...ahahahahah
Di sana peak cik berkenalan dengan ramai la...terutamanya KARINA dari Portugal, AMY & KENT dari filipina, Barbara dari INdia, Ananthi dari singapore dan ramai lagi lah. Yang dari KK pun Ramai.. cume yang paling muda tentulah Pak Cik.ahahahahahahah
kami kongsi banyak cerita Lawak dan pengalaman masing-masing tentang negara2 di dunia ni.. tp yang bestnye mereka ni tak lokek.. siap jemput pergi rumah diorang lagi kat sane.....kireang borak sampai jam 11 malam... lepas kemas semua barang pak cik pun balik lah.....Sebab esok nak tengok match HOki IPKS plak.....best la CS ni....kalo korang nak cuba pengalaman macam ni korang joinlah www.couchsurfing.com...........................
cari pakcik (dexzmore) kat sana dalam group sabah.....
k....kalo ade kesempatan pak cik bukak group baru untuk korang k................

Friday, April 3, 2009

CERAMAH NIE BIKIN SAKIT GASTRIK.....kate m

wah.............ni yang paling mantap......
sume sakit ati pasal program ni.. napa tak terus terang je kan..
sibuk-sibuk nak gunakan orang lain untuk mencapai matlamat.. dalam memo tulis benda lain tapi maksud sebenar lain....ape ni.....ape ni...(ayat emosi)
kah..kah..kah...
tu la masa dulu dok hentam orang... sume yang orang buat tak kene... buruk je kat pandangan mata si dia tu.....
sekarang ni macam mana... rasain luuuuuu...........................
bukan pak cik ni pendendam tapi buat tu biarlah telus.......
jangan nak buat ikut suka lutut, siku dan bulu roma diorang..... kami sume pun sibuk jugak ni....
dulu masa buat program dia asyik dok ngata pengurusan je.. itu tak betul... ini kurang... itu tak hebat......so sekarang macam mana....
malas lah pak cik nak layan...
sampai je dewan pagi ni pak cik daftar....pastu masuk dewan dengar ceramah .. slot pertama best la sebab pasal dadah... siap ada video...... pastu terdetik la hati pak cik nak baca buku program diorang... baca je pengenalan terus pak cik naik marah....apa lagi tak sampai 20 minit pun pak cik kat sana terus pak cik blah....hampeh betullllll....

UMpat.....TumpAT...MampaT

hai Kembali lagi bersama pakcik.....
ni cite best lagi Pak cik Bawak dari TImur Leste...ahahahah(sini jee)..pak cik nak ajak korang hayati lirik lagu ni.....walau lagu lama tp penuh dengan maksud.. kalau korang nak dengar pak cik nyanyi live.. jemput le datang bilik pak cik musa..ahahahha..set karaoke bawak sendiri..

Tak Seindah Wajah
( Lakunan Hidup... )

Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

( 1 )
Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

wah.. sampai jiwang pak cik hayati lagu ni... memang mantap la kan.. lagu ni ada kene mengena dengan kes terbaru yang masih panas macam pisang panas la.. tak sampai 24 jam pun...
kalau jual kat tablot mesti laku ni..
adalah sorang mamat P tu... lama betul dia menghilang tp tetiba kemarin dia ada.. ingat ok la kalau dia ada tapi last-last dia buat gosip panas tentang geng pak cik malam tadi.... (Kelas.. tak sayang Mulut betoi.... ) bak kate Tulang Ikan Kewl masuk dulu insuran mulut lezer baru boleh tunjuk otai....
buat P tu.. jaga dalam kain U tu..... kerja kau pun orang lain yang buat tau......(memang PLU)
dah la pergi orang tak kisah.. balik je bawak bala... eeeeeeeee
susah betullll..............................
yang pakcik naik minyak ni pasal dia balik-balik dok mengungkit cite lama.. out of date betul...
ke siaran otak dia ni lari channel.......pakai antena daun getah kot....
hee kalau benda dah lepas tu lepas lah...buat apa ungkit2... bukan nye dia ni baik pONNNNN
eeeeee.............korang bagi tau pak cik apa yang pakcik perlu buat......takkan nak suruh pak cik jadi mona fendi kot.. kannnnnnnnnnnnnnnnnn



Tuesday, March 31, 2009

Patut Ke zaman Moden Ni ada Masalah Air Lagi



Ni pak cik bengang betul pasal air ni.... tak reti2 ada....
kerajaan bagi juta-juta untuk bangunkan kemudahan korang nak jimat.....
kalau nk jimat pun bertempat la.....
ni nak berak pun kami kene berjimat macam mana....(kang ada yang berak merata-rata korang marah)ahahahahah...
begitulah luahan kaki, mulut semua warga kat tempat Pak cik ni...
memang pak cik bengang la pasal air ni... sepatutnya masalah ni dah lama berakhir...
macam tak logik gak la negeri yang paling banyak menerima hujan dan kadang-kala siap banjir lagi ada masalah bekalan air.. sudah 4 tahun pak cik dok kat sini tapi masalah ni tak pandai2 habis... ade je alasan yang dikeluarkan.... kadang2 tu siap tak bernotis lagi tu... pak cik dah siasat benda ni... mintak maap le kalau pak cik katakan yang masalah air ni datang dari pihaj P.....dalaman sendiri....kalau kerajaan dan bagi juta2 tu terus la buat sesuatu yang boleh atasi masalah ni....bukan guna duit untuk aktiviti merepek.............
pak cik risau gak kalau suatu hari masalah ni masuk dalam newspaper......(.malu dibuatnya......) ahahahha......sapa nak jawab..masing2 sibuk lah nk tuding jari... tp yangpenting masalah ni kene pihak yang berkenaan uruslah dengan baik....
walaupun misi negara supaya berbelanja berhemah tapi dalam pekeliling tak de plak cakap berjimat cermat dan kedekut terlampau..................sama2 samalah kita PK...

kalau KOrang ada idea boleh bagi tau pak cik.. leh pakcik soksek2 kat pihak berkenaan....
ok.. harap korang bersabar.. bak kata khalid al labuan (1500 sebelum posting )ahahahahah

Earth Hour..... Saving Energy dan Pakage Black Out


Ha........................... selamat kembali ke ruangan Sok sek2.......... ha pak cik mintak maap leee pada sume sebab lama dah tak update blog ni... maklumlah busy..... ni nak story kat korang ni pasal program best earth hour ni... hari tu bukan main lagi kelas pakcik... dengan semangat berkobar, berkibar dan sebagainya nk celebrate earth Hour campaign ni.. samapai pg buat Banner, buat program siap...........(credit untuk laki orang sedare Zafran and the geng) sebab berusaha untuk buat program ni.... mula2 pak cik nak celebrate kat keningau je sebab nak tengok macam mana warga IPKS n Penduduk keningau hargai kempen murni ni tapi last2 minit pak cinye nye BRO tepon suruh balik la plak kat KK sebab ada Majlis Penting.........(ahaha.....cuba teka)...... PK nye PK pak cik balik la KK.. apo leh BUat... Nasib Badan.. so pakcik Call La Kawan Kat KK (Mamat Jepun tu) tanya kalau dia free tak malam tu..... leh jooin earth hour kat KK... berusahalah pakcik cari vanue yang celebrate benda tu.... so sampai kat KK pakcik mandi and kuar balik jam 7.45 mlm...pg dekat Water front KK.. ada satu outdoor restaurant kat sane.. so kami ramai2 la pg sane and duduk lepak ngan other tourist dari pelbagai negara semata2 nk tengok earth HOur... tgk memang manarik and romantik la sbb kami celebrate ngan candlelight siap.... best... tak terkira lah.. banyak persembahan orang puteh kat sana.. depa main muzik n nyanyi walau suara tak sedap ponnnnnn..... sampai jam 9.30 diorang turn on the light...terus semua tepuk tangan n celebrate.... best.. macam kat Vegas plak....(vegas ke).. yang pak cik tau kat keningau pun bukan main hebat gak.. sume orang tutup lampu.....(kalau tak tutup kena pelangkung ngan Pak cik MUsa) ahahahaha.........baru korang tau penangan dia...kui...kui.. sampai sume orang tutup lampu dari pensyarah sampai ke staff... sume off.... yang best nye lepas earth hour tamat terus black out...ahahahahahaha sampai pagi.... so sume kene tidur awal.....(HAHAHAHA NI BARU EARTH HOUR) KUII..KUI..KUI.. ANYWAY THANKS TO YOU ALL GUYS SEBAB SUPPORT CAMPAIGN NI... KALAU BUKAN KITE SAPA LAGI KAN.. tak kan nak suruh joyah timur leste nak join kot......ahahah...credit untuk you all..........................

save our world to the next generation

Sunday, March 22, 2009

WAh Cantik NYeeee








Ti me Kasih bebanyak pak cik ucap kepada Chong Oii Lan, Boi, N Pak Cik MUsa sebab bagi suvinier dan hadiah yang menarik amatnye....Pak cik rasa terharu dan tergaru gak dengan ingatan KOrang Pada Pak cik ... (TP BOi kene Pau Banyak).....
ahahahah.... arigato.....

Tuesday, March 17, 2009

Wah Bestnye MIri.....









alhamdulillah pakcik selamat sampai ke Miri Sarawak n Selamat balik Ke Sabah...
ha... ni nak bagi tau korang pasal Miri.. bestla sesangat2 best pakcik rasa kat sana.. Thanks Kat Pakcik Hamim N Family Sebab Jadi Host pakcik kat sane...
mula2 memang rasa agak janggal la sebab pak cik ni tak bape paham bahasa BRunei ni..ammm
lame2 paham la pakcik.. sikit2 pakcik sebut auk... pastu nyaman... bak kate orang tu nyaman amatlah ...ahahahahahah
kat sane tu macam2 pakcik buat... tapi greeting untuk bapak hamim N his mother la.... very2 kind....
pakcik rase macam dok kat rumah sendiri plak...
ahahah.. hari pertama pg jalan2 tp sebelum tu hamim n his family bawak pakcik tengok orang kawin..(hahah BUkan Aku yang Kawin TAu).. Harap maklum...

wah memang pelik dan menarik la majlis kawin tu......sesuatu yang baru pak cik temui kat sarawak ni....hari kedua kami pegi jalan2.. hari ketiga kami pergi gua niah...
wah best gile tempat tu...macam ada kat lost world....sungguh menakjubkan ciptaan tuhan...
ni yang menarik tu masa pakcik balik ada pramugara tu demo cara pakai life jacket... masa tengah dia bagi tau tentang wisel yang ada pada life jacket tu dia pergi tiup....
apa lagi ketawalah pakcik... sepanjang hidup pakcik naik flight tu kan tak pernah pramugara atau pramugari tiup wisel life jaket tu masa buat demo....n yang menariknya semua attendent flight adalah lelaki (TUa) kecuali ada lah sorang minah jelitawan (sikit je)...ahahahah memang best lah pg MIri tu...
time kasih daun keladi untuk host pak cik kat sarawak tu... mudah2 an korang dilindungi Allah s.w.t dan di murahkan rezeki.....amin...

Tuesday, March 10, 2009

le tour de sarawak....wah seronok amat







Wah pegi serawak ari tu aku memang exited gile....sampai sanggup aku tido kat airport.. tak pernah dalam sejarah hidup aku tido kat airport tau....aku ni tak banyak kerenah .. walaupun aku tak bape suke tido do airport tapi seronok plak tengok semua keng kawan yang lain pun tido kat sane ....so walaupun penat tapi oklah... ahahahha.. yang bestnye pagi2 bute semua orang dah bangun n siap mandi dekat restroom airport..ahaha tak pernah di buat orang.......tp budak kelas pakcik buat tau..ahahaha.. (mantap gia)... yang paling kelakar tu pak cik tgk orang irish sengal tido kat kaki lima.. ahahah dah macam om dah....kah..kah..kah.. satu lagi bende menarik...korang pernah tengok tak orang iron baju kat airport... haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... ni yang paling best sebab minah2 kat kelas pakcik dengan muka selamba iron baju kat situ...LUCU..(macam kat umah dah) ahahaha.. tgh pakcik dok borak (baik punye) dengan KAKA tetibe je abang POlis yNAg Gebu tu datang....dia tanye soklan macam2...(macam CSI la Plak)... n baru je dia nak Chow dia pusing belakng balik n bagi tau kami.... borak pelahan sikit ye......pak cik ni tahan je nak ketawa...(die jeles sebb tak leh join kiterang bergosip sebab dia on duty)ahahahahah kat serawak tu pakcik round sakan sampai kaki pakcik bengkak n sakit2... jalan2 punye pasal la...tapi truely pakcik cakap pg serawak tu cukup menyeronokkan.......sampai ke sempadan indon pakcik pg tau...tapi yang penting kajian pakcik tetap on.. asalkan ada bahan atau corak je depan mata terus pakcik ambik sampel n tanya orang terdekat pasal corak tu...MANTAP KAN.....jangan jeles ye... dah 4 hari kat sana macam2 la pakcik buat tapi Pakcik ucapkan bebanyak TIme kasih bUat IPTAR N IPBL sebab menaja penginapan kami.. korang memang best la...ni gosip Panas Gak NI.. masa dalam Flight on Da way balik KK cuaca tak bagus.. flight bergegar gile sehingga seram bulu roma dan macam2 la dalam pkirn pakcik ni...(PEngalaman lalu Buat Pakcik Fobiia Kalo Flight bergegar takut AIR POCKET...tapi ada sorang minah tu lagi mantap... siap berteriak lagi dalam FLight sbb dia takut... SAPA TU ARRRRR...sama2 Kita Cari..ahahahahaahha.....

Couchsurfing.......Korang patut Join Team NI...


ni ruangan soksek2 kali ni pak cik nak bagi tau korang tentang ruangan couchsurfing yang pakcik join dari tahun lepas lagi...... amat menarikla sebab mula2 pakcik join team ni pakcik ingat dia macam friendster tapi pakcik tergezut sebab bukan setakat boleh kenal orang dari jauh tapi diorang tolong pakcik bagi penginapan masa pakcik pulang dari kuching kemarin..... wah terharu la plus ecited gal sebab orang yang jemput pakcik ni bukan orang mesia tetapi jepun...ahahah NAma dia kuniaki tokura.. tapi korang jangan tergezut sebab dia pandai cakap melayu....... ha tu la hasil dari join team couchsurfing.com kalau korang yang suka melancong tu boleh la join web ni sebab kornag tak payah kuar duit banyak untuk sewa hotel tapi boleh dok dekat umah di orang ni free...plus lako dorang ni cuti dorang bawak korang jalan2 lagi..ahahah korang jangan risau la pasal trust degree tu sebab korang boleh tau kalau diorang ni boleh percaya ke tidak........ ape2 pu kalo korang free join la team ni yee.....free je tak yah bayar pun.. beside banyak benefit yang korang dapat kalau korang ni yang jenis suka travel macam pakcik ni..... ahahah join jangan tak join... boleh kenal ramai kawan dari serata dunia...